Sunday, April 14, 2013
Wednesday, April 10, 2013
"Jabatan Belia dan Sukan Negara"
Pengenalan
Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim
Jabatan
Belia Dan Sukan
Kementerian Belia Dan Sukan telah di
tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia
Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan
Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah
kementerian berkenaan.
Pada
tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh
seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua
Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda.
Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang
pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri
dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
MISI
& VISI JABATAN BELIA DAN SUKAN
Misi
Membina
belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan
kesukarelaan.
Memupuk
semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup
berkualiti
Membentuk
generasi muda berwawasan
Menjana
budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarat aktif, cergas dan
bersatu.
Visi
Belia
Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan Masyarakat
Berbudaya Sukan Menjelang 2020.
"Kementerian Belia dan Sukan Malaysia"
Sejarah Latar Belakang.
YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri
Belia Dan Sukan Malaysia
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia.
Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah
Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara
berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau
perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian
berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan
Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya
diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun
tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu
nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan
telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan
Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah
diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam
pembangunan Belia dan Sukan.
VISI
& MISI KBS
Visi
Peneraju
dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat
berbudaya sukan menjelang tahun 2015.
Misi
Membina
bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu melalui program pembangunan
belia dan sukan yang strategik.
"MAJLIS BELIA MALAYSIA"
Tuan Maliki Mohamed
Rapiee
Majlis
Belia Malaysia
Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah
Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan
pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9
September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah
terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan
sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan
di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk
mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial,
mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk
memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk
kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka
agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.
"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak"
TUAN AHMAD YUSUP BIN CHE RUS
Pengarah
APBM Batu Gajah,Perak.
Kementerian
Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB)
di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986
IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan
milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU).
Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan
dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN).
Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan
Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek
pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah
ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah
ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB).
Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara.
KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237
ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak.
Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan
dijangka siap pada 22 Julai 2005.
INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi
telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun
2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’
Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di
kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh,
Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia Malaysia, Batu Gajah.
VISI
& MISI
VISI
Menjadi sebuah
agensi latihan keusahawanan belia yang cemerlang berasaskan pengetahuan
pengurusan perniagaan yang bersistematik demi mewujudkan usahawan belia cemerlang,cekap,mahir
berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.
MISI
Untuk
memberi kesedaran kepentingan menguasai
ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk
melahirkan generasi belia uahawan yang cemerlang.
"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan"
Latar Belakang Agensi.
APBM
terletak di Lot No. 4624, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan
iaitu kira-kira 28 km arah selatan Port Dickson. APBM ini meliputi keluasan
hampir 20 ekar (8.094 hektar atau 80,332 meter persegi).
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
yang diasaskan pada tahun 1993 awalnya dikenali sebagai Kem Belia Waja kerana
konsep asal kemudahan yang disediakan lebih berbentuk bangunan ala tentera dan
kawasan persekitaran yang sesuai dengan keadaan sebuah kem. Dalam tahun 1995
kem ini telah bertukar nama kepada Institut Kepimpinan Belia Negara (IKBN) Port
Dickson. Ini adalah untuk membuka peluang latihan kepimpinan kepada belia dalam
bentuk kursus-kursus yang berorientasikan kefahaman mental, spiritual dan
fizikal. Ia dibina diatas sebidang tanah seluas 25 ekar dikawasan tepi pantai
hutan simpan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak
RM4,636,467.86.
Ia kemudian ditukar nama kepada Institut
Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 6 Jun
1997. Cadangan penubuhan Pusat Latihan ini telah dikemukakan oleh peserta
Khemah Kerja Belia Islam Asia Pasifik kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia
ketika itu dan kemudiannya merestui penubuhannya. Selepas itu usaha-usaha telah dilaksanakan
oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memohon dan memperolehi kawasan
dari Kerajaan Negeri Sembilan.
Institut ini kemudiannya telah dinaik
taraf kepada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Pelancaran APBM telah
dilaksanakan oleh YB. Dato’ Azalina Dato’ Haji Othman Said, Menteri Belia dan
Sukan Malaysia pada 23 Jun 2006 dengan skop dan peranannya lebih luas selaras
dengan matlamat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Fungsi APBM begitu penting ke arah memantapkan bidang
kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan di kalangan belia Malaysia. Ini dapat
direalisasikan melalui berbagai program pembangunan belia terutama sekali
program-program kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi dari semasa ke
semasa. Aspirasi ini secara langsung mendukung matlamat kerajaan ke arah
pengukuhan sumber manusia, pembentukan pemimpin-pemimpin pelapis serta
penglibatan generasi muda selaku penggerak masyarakat dan agen pemangkin
Wawasan 2020. Kini APBM Port Dickson bergerak seiring dengan peredaran masa
untuk menjana pemimpin belia pada masa hadapan.
Visi
& Misi APBM
Visi
1. Membangun
serta memperkasakan pemimpin dan tenaga kerja belia supaya mereka memiliki jati diri yang mapan,
berkesan lagi efisien dalam organisasi dan kepimpinan.
2. Melahirkan
pemimpin dan tenaga kerja belia yang berdaya saing, bersemangat patriotik serta berkaliber dalam memacu
kemajuan masyarakat dan merealisasikan visi negara.
Misi
1.Melatih
kalangan belia, pemimpin belia dan tenaga kerja belia dalam bidang kepimpinan
dan pengurusan, perancangan, perhubungan awam serta motivasi.
2. Membuat
anjakan paradigma, pemikiran juga perilaku para belia, pemimpin belia dan warga
kerja belia supaya lebih dinamik, proaktif dan kreatif dalam menangani cabaran
kepimpinan mahupun kehidupan seharian.
3. Menyumbang
khidmat nasihat, sokongan dan rangsangan secara menyeluruh berkaitan
penglibatan masyarakat di dalam berpersatuan.
4. Memberi
pendedahan dan bimbingan susulan kepada golongan belia, peneraju belia juga
pekerja belia yang berpotensi serta berwibawa demi merangsang komitmen,
dedikasi dan kesungguhan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan mahupun
pembangunan generasi muda.
"Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia"
Pengarah
Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ialah sebuah pusat penyelidikan
nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian
terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang
berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.
Untuk mencapai matlamatnya, IPPBM akan
melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan persidangan,
bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan Jurnal dan Monograf mengenai hasil
penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut ini juga
akan menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah sebagai
sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia.
IPPBM telah dilancarkan oleh Mantan Perdana
Menteri Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 bersempena dengan
Hari Belia Malaysia dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007.
Pusat Belia Antarabangsa
Pusat
Belia Antarabangsa ditubuhkan oleh kerajaan dan telah disahkan oleh kabinet
pada 6 Februari 1985. Kemudian, pusat tersebut telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri Malaysia yg keempat YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad. Pada masa itu,
Menteri Belia dan Sukan ialah YAB Dato Sri Haji Mohd Najib Bin Tuan Haji Abdul
Razak yang menyandang Perdana Menteri Malaysia pada masa sekarang. Kemudian,
Pusat Belia Antarabangsa ini dibina di atas tanah seluas 4 ekar yang terletak
di Jalan Jaacob Latiff, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Pusat Belia
Antarabangsa juga, terletak bertentangan dengan Hospital Kuala Lumpur dan
sejauh 8 kilometer dari pusat bandar kuala lumpur. Pusat Belia Antarabangsa
juga berhampiran dengan beberapa pusat sukan dan rekreasi seperti Stadium Bola
Sepak Kuala Lumpur, Pusat Akuatik Kuala Lumpur, Komple Sukan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur, Velodrome dan Tasik Permaisuri Garden. Akhir sekali, Pusat Belia
Antarabangsa berdekatan dengan sistem pengangkutan iaitu Stesen Lrt Bandar Tun
Razak Cheras, Kuala Lumpur.
Alamat Pusat Belia Antarabangsa:
Pusat Belia Antarabangsa,
Jln
Tenteram,
Bandar
Tun Abdul Razak,
56000
Kuala Lumpur,
Wilayah
Persekutuan
Contact: 03-9171
9204
E-Mail: admin@iyckul.org.my
Festival Belia 2013
Arkib- 17/10/2012
FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 BERMULA 23 HINGGA 26 MEI
Mod
Nadzri Yaacob (empat dari kanan) bersama kakitangan Sektretariat Hari Belia
2013 bergambar bersama iklan bunting Festival Belia Putrajaya 2013 di Putrajaya
semalam.
PUTRAJAYA 16 Okt. -
Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan
Belia bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari 23 hingga 26
Mei tahun depan.
Ketua Sekretariat
Hari Belia Negara 2012, Mod Nadzri Yaacob berkata, festival yang menjadi
kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2013 itu berkonsepkan pembangunan potensi
diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.
Beliau berkata,
festival yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus
kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi
dan sukarelawan.
"Lokasi kesemua
acara ini akan diadakan di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari
Presint 6, 18, dan 20.
"Festival ini
bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi
dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta
mencabar," katanya.
Beliau berkata
demikian pada sidang akhbar Festival Hari Belia Putrajaya 2013 di sini hari
ini.
Himpunan di Putrajaya
anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu telah bermula sejak 2010 dengan
mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran
lebih sejuta belia pada tahun lepas.
Bagaimanapun,
penganjuran pada tahun ini telah memecahkan rekod terdahulu apabila seramai 2.4
juta belia menghadiri karnival selama lima hari itu.
Mod Nadzri berkata,
festival itu bersandarkan kepada konsep ruang untuk golongan belia menunjukkan
bakat, pasaran belia itu sendiri, penampilan sesuatu yang baru dan semangat
patriotik kepada negara.
Festival Belia
Putrajaya 2013 menonjolkan sekurang-kurangnya empat acara yang akan mencapai
tahap ikonik.
"Antaranya ialah
pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25
Mei pada pukul 5 petang, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa
(melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia," katanya.
Pada masa sama,
beliau berkata, pihaknya turut menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk
memastikan festival tersebut berjalan lancar.
"Ini melibatkan
soal penambahbaikan, pendekatan terbaharu dan soal keselamatan selama
penganjuran itu berlangsung," katanya.
Beliau menambah,
perubahan lokasi untuk beberapa aktiviti juga akan dilakukan pada tahun depan
bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Sementara itu, beliau
berkata, pelancaran Hari Belia Negara 2013 yang diadakan pada 15 Mei setiap
tahun diadakan secara serentak di peringkat kebangsaan dan negeri di seluruh
negara.
Serba Sedikit Tentang MBPN (MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA)
LATARBELAKANG
Majlis
Perundingan Belia Negara (MPBN) telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas kesedaran
bahawa kemajuan negara di masa hadapan bergantung kepada hasrat dan aspirasi
generasi belia.
Secara
dasarnya MPBN memainkan peranan amat besar dalam perencanaan, pemantauan,
pelaksanaan dan penilaian program serta pendekatan pembangunan belia dan sekali gus menentukan hala tuju
pembangunan belia negara.
Pada
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang I Penggal XXV Tahun 2005
yang telah diadakan pada 15 September 2005, Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah
mengumumkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan lagi peranan MPBN di peringkat
kebangsaan, negeri dan daerah.
Sehingga
kini pentadbiran MPBN adalah berasaskan kepada Perlembagaan MPBN yang telah
disesuaikan dengan kehendak APBPB 2006.
Keahlian
MPBN adalah sepertimana berikut:-
1. Menteri
sebagai Pengerusi;
2. Ketua
Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan;
3. Ketua
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara;
4. Wakil
setiap kerajaan negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia;
5. Wakil
bagi kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;
6. Wakil
dari agensi kerajaan yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh
Menteri
7. Pegawai
Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh
Menteri
8. Anggota
Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa Kerja badan induk pertubuhan belia
di
peringkat kebangsaan dan
9. Ahli
lantikan Y.B Menteri Belia dan Sukan
FUNGSI MBPN
Fungsi
MPBN adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubungan
dengan pembangunan belia. Bertindak sebagai badan perunding dan penasihat
kepada pertubuhan belia, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Daerah.
Tuesday, April 9, 2013
Pengenalan INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)
Sejarah penubuhan INTAN.
Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula di sebuah bangunan kecil di
Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat
Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus kepada pegawai-pegawai
berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan
pentadbiran kerajaan tempatan.
Hasrat
untuk menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah
menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala
Lumpur pada bulan Jun 1972.
Perkembangan
pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya
beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara
(INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman,
Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.
Pada
tahun 1984, Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah
dibuka dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus
Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998.
Permintaan
terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan
penubuhan dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah
diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.
VISI & MISI Intan
(Institut Tadbiran Awam Negara)
1.
PENGENALAN
1.1
Definisi Pengurusan Projek
1.1.1
Projek didefinisikan sebagai suatu
rancangan yang diurus atau ditadbir yang melibatkan manusia,bahan dan
sumber kewangan bagi memikul atau bertanggungjawab melaksanakan speksifikasi
serta skop kerja dalam lingkungan kekangan masa serta kos bagi mencapai suatu
perubahan menguntungkan yang dinilai melalui kuantiti dan kualiti. Projek
adalah gabungan diantara pengurusan dan bahan-bahan. Projek wujud dengan
permulaan dan mempunyai matlamat,memerlukan bahan-bahan,pengurusan dan
berhubungkait antara satu sama lain.
1.1.2
Pengurusan projek adalah didefinisikan sebagai gabungan diantara
peralatan,manusia,bahan,sumber dengan teknik kemahiran saperti penggunaan
PERT,carta GANNT dan lain-lain teknik pengurusan serta kaedah pengawalan
pengurusan.
1.1.3
Sistem maklumat pula mengikut Zwass (1998) “An information system is an
organized set of components for collecting,transmitting,storing and processing
data in order todeliver information for action”.
1.1.4
Pengurusan sistem maklumat adalah menguruskan semua yang berkaitan dengan
teknologi maklumat saperti operasi, teknologi,bahan,projek,data, sumber, tenaga
manusia dan lain-lain yang berkaitan.
2. FAKTOR KEJAYAAN PENGURUS PROJEK
2.1
Pengetahuan Asas Yang Perlu Dimiliki
Organisasi
mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan metodologi dalam melaksanakan
pengurusan projek. Banyak terdapat penggunaan metodologi yang digunakan tidak
tepat,menyeleweng dan tidak mengambilkira kehendak metodologi itu sendiri dan
tidak kurang pula yang memusnahkan metodologi itu sendiri. Dalam hal ini kejayaan
projek berkenaan banyak bergantung kepada pengurus projek dalam
merancang,memilih,menyelenggara metodologi dan mengambil faktor-faktor dalam
pengurusan risiko. Oleh yang demikian aspek yang perlu dilihat berkait dengan
pengurus projek adalah saperti
persediaan menjadi pemimpin atau pengurus projek,pengetahuan asas yang
perlu dimiliki,bagaimana untuk mengurus dan lain-lain faktor yang mempunyai
hubungkait dengan pengurusan saperti persekitaran,hubungan kemanusiaan,
kecekapan,keberkesanan dan lain-lain. Dalam kesempatan yang terhad ini
perbincangan akan difokuskan kepada persediaan untuk menjadi pengurus
projek,pengetahuan asas yang diperlukan oleh seseorang pengurus projek dan cara
pengurus mengurus.
Di
antara sebahagian daripada pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang
pengurus bagi menentukan kejayaan dalam perbincangan ini dibahagikan kepada
tiga peringkat peringkat pertama atau asas,pertengahan dan tertinggi. Peringkat
asas adalah berkaitan mentadbir dan membuat pemilihan dan menggunakan teknik
atau alatan pengurusan. Peringkat pertengahan pula ialah membuat
laporan,pemantauan projek,pengumpulan,perkongsian dan menggunakan data,
Sementara peringkat tertinggi pula ialah berkaitan dengan mengawal
perbelanjaan, berurusan dengan pelanggan,mendalami dan menggunakan sepenuhnya
pengetahuan dan kemahiran dalam perundingan.
2.1.1
Peringkat Pertama
2.1.1.1
Memahami Objektif Organisasi/Projek
Perkara
pokok yang perlu diketahui oleh pengurus projek ialah objektif organisasi dan
projek itu sendiri. Kegagalan memahami dan mengenalpasti objektif adalah diantara punca utama kegagalan sesuatu
projek. Ianya diibaratkan seorang kapten kapal yang mahir mengendalikan kapal
tetapi tidak mengetahui ke mana arah tujuan yang hendak dituju.Akibatnya kalau
berjalan pun tanpa halatuju yang mana lebih baik daripada berlabuh sahaja tidak
merugikan tenaga,perbelanjaan dan masa.
2.1.1.2
Membuat Perancangan
Membuat
perancangan adalah sesuatu kemistian terutama dalam pengurusan projek sistem maklumat bagi memastikan supaya segala masalah yang
akan timbul berkaitan dapat diminimumkan dan diatasi. Kepentingan perancangan
disebut oleh Steven Alter (1998) “A project palan is especially important in IS
project because unanticipated technical an organization problem often arise. At
minimum , having a plan helps the impact
in indentifing suprises dan evaluatingtheri impact”.
Proses bagi pengurusan project.
Kaedah bagi pengurusan projek.
Apa itu SOP? (Standard Operating Procedure)
Kita mungkin
sudah tidak asing dengan istilah Standard Operating Procedure (SOP). Bagi dunia
kerja, Standard Operating Procedure (SOP) adalah petunjuk bagi pegawai untuk
melaksanakan pekerjaan sesuatu dengan standar yang telah ditetapkan. Bagi
akademik, Standard Operating Procedure (SOP) adalah merupakan salah satu baru
yang diberikan kepada mahasiswa untuk dipelajari. Lalu timbul suatu pertanyaan.
Apa definisi Standard Operating Procedure
(SOP) itu dan apa fungsi Standard Operating Procedure (SOP) itu?
Berikut ini
beberapa definisi tentang Standard Operating Procedure , iaitu:
(1) SOP
adalah serangkaian instruksi yang menggambarkan pendokumentasian dari kegiatan
yang dilakukan secara berulang pada sebuah organisasi (EPA, 2001)
(2) SOP
adalah suatu panduan yang menjelaskan secara terperinci bagaimana suatu proses
harus dilaksanakan (FEMA, 1999).
(3) SOP
adalah serangkaian instruksi yang digunakan untuk memecahkan suatu masalah
(Lingappan, 2000).
(4) SOP
adalah sebuah panduan yang dikemukakan secara jelas tentang apa yang diharapkan
dan disyaratkan dari semua majikan dalam menjalankan kegiatan sehari-hari
(“Developing standard operating procedures in Wildland Fire Management”, 2003).
Fungsi dari “standard operating procedure” adalah untuk mendefinisikan semua
konsep dan teknik yang penting serta persyaratan yang dibutuhkan, yang ada
dalam setiap kegiatan yang dituangkan ke dalam suatu bentuk yang langsung dapat
digunakan oleh majikan dalam pelaksanaan kegiatan seharian berkerja.
Sedangkan
tujuan dari standard operating procedure adalah:
(1). Agar
mengetahui dengan jelas peranan dan fungsi tiap-tiap posisi dalam organisasi.
(2) Agar
petugas menjaga konsistensi dan tingkah laku pekerja atau pengendali dalam
organisasi atau unit.
(3) Melindungi
organisasi dan pekerja dari malapetaka atau kegagalan bagi .
(4) Untuk
menghindari kegagalan/kesalahan, keraguan, duplikasi dan inefisiensi.
(5)
Memperjelaskan pembahagian tugas, dan tanggungjawab melalui saluran yang betul.
Antara contoh formula untuk pengendalian SOP:
SOP (standard operating procedure) pengendalian website.
SOP (standard operating procedure) untuk cara pemberian makan kepada kuda.
Tuesday, April 2, 2013
"Majlis Perundingan Peringkat MBK Batu"
Majlis
Perundingan Kawasan Batu telah diadakan di Brisdale Hotel Kuala Lumpur pada
31Mac 2013. Selain itu, Majlis ini dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Wilayah
Persekutuan, Yg. Bhg. Sdra. Hamizi Bin Mat Juah.
Himpunan Barisan 1 Malaysia
Himpunan
Barisan Gagasan 1 Malaysia yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Himpunan ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan
Sri Datuk Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
"Menjadi Sukarelawan Untuk Kebaikan Sejagat"
Alhamdulillah.
Berkesinambungan dari Eksplorasi Belia 2013 & Gerak Sukarelawan, kini kami
telah ke lapangan untuk menabur bakti khidmat secara PERCUMA kepada masyarakat.
Belia hari ini perlu lebih memahami erti sebenar semangat kesukarelawan dan
tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara. Terima kasih atas kehadiran
Tuan Hamizi Bin Mat Juah Presiden MBWP dan Puan Intan Diana SUA MBWP dan
barisan kepimpinannya atas kesudian hadir memberi suntikan semangat sukarelawan
unggul.
Subscribe to:
Posts (Atom)