Latar Belakang Agensi.
APBM
terletak di Lot No. 4624, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan
iaitu kira-kira 28 km arah selatan Port Dickson. APBM ini meliputi keluasan
hampir 20 ekar (8.094 hektar atau 80,332 meter persegi).
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
yang diasaskan pada tahun 1993 awalnya dikenali sebagai Kem Belia Waja kerana
konsep asal kemudahan yang disediakan lebih berbentuk bangunan ala tentera dan
kawasan persekitaran yang sesuai dengan keadaan sebuah kem. Dalam tahun 1995
kem ini telah bertukar nama kepada Institut Kepimpinan Belia Negara (IKBN) Port
Dickson. Ini adalah untuk membuka peluang latihan kepimpinan kepada belia dalam
bentuk kursus-kursus yang berorientasikan kefahaman mental, spiritual dan
fizikal. Ia dibina diatas sebidang tanah seluas 25 ekar dikawasan tepi pantai
hutan simpan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak
RM4,636,467.86.
Ia kemudian ditukar nama kepada Institut
Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 6 Jun
1997. Cadangan penubuhan Pusat Latihan ini telah dikemukakan oleh peserta
Khemah Kerja Belia Islam Asia Pasifik kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia
ketika itu dan kemudiannya merestui penubuhannya. Selepas itu usaha-usaha telah dilaksanakan
oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memohon dan memperolehi kawasan
dari Kerajaan Negeri Sembilan.
Institut ini kemudiannya telah dinaik
taraf kepada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Pelancaran APBM telah
dilaksanakan oleh YB. Dato’ Azalina Dato’ Haji Othman Said, Menteri Belia dan
Sukan Malaysia pada 23 Jun 2006 dengan skop dan peranannya lebih luas selaras
dengan matlamat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Fungsi APBM begitu penting ke arah memantapkan bidang
kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan di kalangan belia Malaysia. Ini dapat
direalisasikan melalui berbagai program pembangunan belia terutama sekali
program-program kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi dari semasa ke
semasa. Aspirasi ini secara langsung mendukung matlamat kerajaan ke arah
pengukuhan sumber manusia, pembentukan pemimpin-pemimpin pelapis serta
penglibatan generasi muda selaku penggerak masyarakat dan agen pemangkin
Wawasan 2020. Kini APBM Port Dickson bergerak seiring dengan peredaran masa
untuk menjana pemimpin belia pada masa hadapan.
Visi
& Misi APBM
Visi
1. Membangun
serta memperkasakan pemimpin dan tenaga kerja belia supaya mereka memiliki jati diri yang mapan,
berkesan lagi efisien dalam organisasi dan kepimpinan.
2. Melahirkan
pemimpin dan tenaga kerja belia yang berdaya saing, bersemangat patriotik serta berkaliber dalam memacu
kemajuan masyarakat dan merealisasikan visi negara.
Misi
1.Melatih
kalangan belia, pemimpin belia dan tenaga kerja belia dalam bidang kepimpinan
dan pengurusan, perancangan, perhubungan awam serta motivasi.
2. Membuat
anjakan paradigma, pemikiran juga perilaku para belia, pemimpin belia dan warga
kerja belia supaya lebih dinamik, proaktif dan kreatif dalam menangani cabaran
kepimpinan mahupun kehidupan seharian.
3. Menyumbang
khidmat nasihat, sokongan dan rangsangan secara menyeluruh berkaitan
penglibatan masyarakat di dalam berpersatuan.
4. Memberi
pendedahan dan bimbingan susulan kepada golongan belia, peneraju belia juga
pekerja belia yang berpotensi serta berwibawa demi merangsang komitmen,
dedikasi dan kesungguhan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan mahupun
pembangunan generasi muda.
No comments:
Post a Comment