Sunday, March 3, 2013

Sejarah Penubuhan Majlis Belia Wilayah Persekutuan

Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) adalah sebuah pertubuhan sukarela, bukan kerajaan dan bergerak sebagai badan induk menyelaraskan semua pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan.

Langkah-langkah untuk menubuhkan sebuah Majlis Belia bagi peringkat Wilayah Persekutuan yang sah dan berdaftar telah dirancang sejak lama dahulu, tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka perlaksanaan penubuhannya selalu terganggu. Kewujudan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) adalah penting, terutama di Kuala Lumpur yang menjadi nadi pentadbiran negara dan sebagai pusat kegiatan belia.

Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia yang diadakan pada bukan April 1986 telah memutuskan memberi mandat kepada Exco MBM untuk meningkatkan dan meneruskan usaha ke arah usaha-usaha positif mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mereka yang berkenaan. Hasil perbincangan tersebut, sebuah Jawatankuasa Penaja telah dibentuk dan diketuai oleh Naib Presiden MBM dan membuat draf Perlembagaan.

Bagi memantapkan perlembagaan tersebut, satu Bengkel Perlembagaan telah diadakan pada bulan November 1986 yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan.

Manakala Mesyuarat Penubuhan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 14 Februari 1987 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hasan Omar, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu bertempat di tingkat 30, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


NAMA PERTUBUHAN
Nama berdaftar bagi pertubuhan ini ialah Majlis Belia Wilayah Persekutuan (1987) atau Federal Territory Youth Council (1987) atau secara ringkasnya MBWP.



BILANGAN PENDAFTARAN
 Majlis Belia Wilayah Persekutuan (1987) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1987 dan telah didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan Bilangan Pendaftarannya pada 723/87 (Wilayah Persekutuan) rujukan PPM/WP 431/87 pada 27hb Mei 1988

1 comment:

  1. bro haziq hamid,

    nice to know mbwp has the bolg...

    i am eric choo, presiden baru mbwp sesi 2016-2018. dengan segala hormatnya menujukan harapan bro utnuk menghubungi saya bagi sambung usaha meneruskan pengurusan blog ini. kesinambungan kerja belia ini harus kita perkukuhkan bagi kepentingan pembangunan di negara ini, wp khusunya.

    dengan ikhlasnya, terima kasih atas segala usaha bro sebelum ini.

    eric choo
    presiden
    ericchoo.pl@gmail.com
    mbwp1m@gmail.com

    ReplyDelete