Wednesday, April 10, 2013

"Kementerian Belia dan Sukan Malaysia"

Sejarah Latar Belakang.




YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia


    Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

    Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

  
   Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.



VISI & MISI KBS

       
       Visi
Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat berbudaya sukan menjelang tahun 2015.

        Misi
Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik.


No comments:

Post a Comment