Wednesday, April 10, 2013

Pusat Belia Antarabangsa






Pusat Belia Antarabangsa ditubuhkan oleh kerajaan dan telah disahkan oleh kabinet pada 6 Februari 1985. Kemudian, pusat tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yg keempat YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad. Pada masa itu, Menteri Belia dan Sukan ialah YAB Dato Sri Haji Mohd Najib Bin Tuan Haji Abdul Razak yang menyandang Perdana Menteri Malaysia pada masa sekarang. Kemudian, Pusat Belia Antarabangsa ini dibina di atas tanah seluas 4 ekar yang terletak di Jalan Jaacob Latiff, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Pusat Belia Antarabangsa juga, terletak bertentangan dengan Hospital Kuala Lumpur dan sejauh 8 kilometer dari pusat bandar kuala lumpur. Pusat Belia Antarabangsa juga berhampiran dengan beberapa pusat sukan dan rekreasi seperti Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Pusat Akuatik Kuala Lumpur, Komple Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Velodrome dan Tasik Permaisuri Garden. Akhir sekali, Pusat Belia Antarabangsa berdekatan dengan sistem pengangkutan iaitu Stesen Lrt Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur.




Alamat Pusat Belia Antarabangsa:

Pusat Belia Antarabangsa,
Jln Tenteram,
Bandar Tun Abdul Razak,
56000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan

Contact: 03-9171 9204

No comments:

Post a Comment