Wednesday, April 10, 2013

Serba Sedikit Tentang MBPN (MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA)



LATARBELAKANG

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas kesedaran bahawa kemajuan negara di masa hadapan bergantung kepada hasrat dan aspirasi generasi belia.
Secara dasarnya MPBN memainkan peranan amat besar dalam perencanaan, pemantauan, pelaksanaan dan penilaian program serta pendekatan pembangunan belia  dan sekali gus menentukan hala tuju pembangunan belia negara.

Pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang I Penggal XXV Tahun 2005 yang telah diadakan pada 15 September 2005, Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan lagi peranan MPBN di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Sehingga kini pentadbiran MPBN adalah berasaskan kepada Perlembagaan MPBN yang telah disesuaikan dengan kehendak APBPB 2006.

Keahlian MPBN adalah sepertimana berikut:-

1. Menteri sebagai Pengerusi;
2. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan;
3. Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara;
4. Wakil setiap kerajaan negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia;
5. Wakil bagi kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;
6. Wakil dari agensi kerajaan yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh 
    Menteri
7. Pegawai Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh            
    Menteri
8. Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa Kerja badan induk pertubuhan belia      
    di peringkat kebangsaan dan
9. Ahli lantikan Y.B Menteri Belia dan Sukan         


FUNGSI MBPN

Fungsi MPBN adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubungan dengan pembangunan belia. Bertindak sebagai badan perunding dan penasihat kepada pertubuhan belia, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Daerah.





No comments:

Post a Comment